Bukan mudah untuk dapat kerja sekarang ini. Lagi-lagi ketika artikel ini sedang ditulis kita sedang menghadapi wabak covid19 yang melanda pada hujung tahun lepas 2019, sehingga hari ini november 2020. Sudah hampir setahun juga, kita masih berperang dengan wabak covid19 ini.
Kita semua tahu bahawa sekarang ini pencarian kerja semakin lama semakin mencabar tetapi selepas ini anda akan tahu bagaimana cara mudah dapatkan kerja dengan cepat.
Hari ini ramai yang sudah mengganggur. Ada yang masih kerja, tetapi pendapatan terjejas teruk. Contohnya gaji asal rm2000, tetapi sebab syarikat nak cut kos, sebab hasil bulanan syarikat pun dah terjejas, terpaksalah potong gaji dari kita kena buang kerja. Pening beb sebagai majikan nak kena fikir alternatif cari pendapatan lain untuk cover gaji pekerja. Pekerja yang ada sekarang ini pun tengah survive nak cari kerja lain ke susah juga.
Sebab tuh masa belanjawan 2021, kita mintak kepada PM dan menteri kewangan mengenai pengeluaran akaun 1 rm10,000 secara on offf (terus keluar), dari idea bekas perdana menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak.