Bukan mudah untuk dapat kerja sekarang ini. Lagi-lagi ketika artikel ini sedang ditulis kita sedang menghadapi wabak covid19 yang melanda pada hujung tahun lepas 2019, sehingga hari ini november 2020. Sudah hampir setahun juga, kita masih berperang dengan wabak covid19 ini.
Kita semua tahu bahawa sekarang ini pencarian kerja semakin lama semakin mencabar tetapi selepas ini anda akan tahu bagaimana cara mudah dapatkan kerja dengan cepat.
Hari ini ramai yang sudah mengganggur. Ada yang masih kerja, tetapi pendapatan terjejas teruk. Contohnya gaji asal rm2000, tetapi sebab syarikat nak cut kos, sebab hasil bulanan syarikat pun dah terjejas, terpaksalah potong gaji dari kita kena buang kerja. Pening beb sebagai majikan nak kena fikir alternatif cari pendapatan lain untuk cover gaji pekerja. Pekerja yang ada sekarang ini pun tengah survive nak cari kerja lain ke susah juga.
Sebab tuh masa belanjawan 2021, kita mintak kepada PM dan menteri kewangan mengenai pengeluaran akaun 1 rm10,000 secara on offf (terus keluar), dari idea bekas perdana menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ada juga yang meniaga, tetapi jualan tidak seperti macam tahun-tahun lepas. Ada juga perniagaan yang sudah bungkus tikar. Bukan senang beb.
Kita masih dalam mood pkp lagi nih, tak boleh keluar suka-suka. Boleh keluar tetapi kena ada reason yang kukuh seperti kerja atau membeli barang-barang keperluan.
Berbalik kepada persoalan diatas , macam mana senang nak dapat kerja?
Sediakan resume yang lengkap details data peribadi kita semua.
Pastikan resume kita itu ada semua yang macam biasa orang tulis tuh (korang boleh google contoh resume). Ini pasal resume kita yang pertama sebelum kita ditemuduga. Persiapan kena tiptop beb. So dibawah ini aku ada bagi 12 points yang penting kebarangkalian untuk dapat kerja tuh memang hampir pastilah. Kecuali ada pesaing kita yang persiapannya lagi tiptop tuh kita tak boleh nak buat apalah kan.
Apabila ditanya , kebanyakkanya majoriti graduan gagal untuk menjadi lain berbeza dari pesaing yang lain. So apakah persediaan yang korang kena hadapinya nanti?
Mohon kesemua jawatan yang anda jumpa bukan satu idea yang baik
Perkara yang lebih baik anda boleh lakukan adalah dengan memberi perhatian penuh (fokus) kepada jawatan yang sesuai dan layak dengan kelayakan yang anda ada. Jika anda fokus dengan cara ini, peluang untuk anda dipilih untuk dipanggil ke sesi temuduga akan lebih tinggi.
Jangan random suka-suka jer hantar resume.
Hantar secara random resume dan cover letter anda hanya satu perkara yang membuang masa.Memang ini diakui oleh aku sendiri, sebab dulu pun pernah buat. Hasilnya langsung takda yang panggil. Ada pun satu, dapat panggil interview masa tuh job untuk checking ticket pawagan. Takda persediaan, memang tak dapatlah jawabnya beb. Haha, sebab aku tak buat persediaan dan tak tahu pulak dipanggil untuk interview untuk jawatan itu dan aku tak prepare langsung. FAILED!!
Sebelum anda membuat pencarian kerja, ambil sedikit masa untuk membuat keputusan apakah jenis pekerjaan yang sebenarnya anda mahu cari.
Jangan pernah berhenti untuk memohon pekerjaan.
Di saat anda sedang menunggu panggilan daripada syarikat yang anda mohon, jangan berhenti untuk mencari dan memohon pekerjaan yang lain.
Kebanyakkanya jobseeker yang mencari kerja mesti mengalami “rejection” beberapa kali sebelum mendapat sesuatu pekerjaan.
Belajar dari kesilapan yang telah anda lakukan dan pastikan anda sentiasa membuat permohonan kerja dengan syarikat lain sehinggalah anda mendapat tawaran yang anda mahukan.
Sila refer pengalaman aku masa cari kerja tuh
Anda perlu buat satu spesifik cover letter untuk sesebuah syarikat.
Anda hanya ada beberapa saat untuk menarik perhatian bakal majikan anda. Sesetengah majikan akan melihat cover letter anda dan dia ambil berat, jika di dalam cover letter anda tidak mempunyai penyelesaian kepada apa yang syarikat mahukan, mereka akan terus reject anda untuk dipanggil ke sesi temuduga. Masuk terus dalam tong sampah.
Anda perlu juga spesifikan resume anda kepada jawatan yang dipohon.
Ia bukan setakat cover letter, resume anda juga perlu di edit dan mengikut iklan jawatan kosong yang diiklankan oleh syarikat berkenaan.
Jika tidak, jangan harap untuk resume anda akan dipilih. Lagi-lagi jika syarikat berkenaan menggunakan “Applicant Tracking System” untuk membuat prosess screening calon. Senang jer dia cari, dan reject awal-awal.
Mesti anda tertanya-tanya, jika saya sudah lama menganggur(setahun dua ke) Mesti itu suatu perspektif yang buruk untuk bakal majikan. Macam mana saya nak atasinya ?
Anda boleh letakkan perkara lain selain sejarah pekerjaan anda yang boleh anda gunakan untuk menyerlahkan resume anda.
Contohnya, jika anda pernah sertai aktiviti sukarelawan atau apa hobi yang manfaat yang boleh anda tonjolkan kepada bakal majikan anda.
Tambah skill anda dengan belajar kemahiran yang HIGH DEMAND iaitu social media online marketing.Tetapi tak semua jenis kerja perlukan skill ini. Bergantung lah kan.
Jika anda yang kerjaya kearah pekerjaan yang profesional, anda dinasihatkan untuk berpakaian macam orang sudah ada kerjalah. So macam mana dia punya dressed up? Korang boleh google, dan tengok macam mana dia punya basic penampilan yang kena ada. Tapi untuk kerja swasta dengan kerajaan memang lain, tetapi dari segi penampilan untuk interview memang samalah, ada tukar sikit-sikitlah.
Tujuan buat macam itu perkara yang pertama untuk “first impression” kepada diri anda. Pastikan anda sudah masak dan tahu mengetahui budaya syarikat tersebut.
Kadang kala apabila anda overdress bakal majikan tidak suka melihatnya kerana ia tidak sesuai dengan budaya syarikat berkenaan.
Sebab itu pastikan anda memakai pakaian kena dengan jawatan dan budaya syarikat yang anda mohon.
Be Yourself!
Perkara pertama yang patut anda lakukan adalah, menjadi diri sendiri. Apa maksud diri sendiri? Jika anda ada sikap negatif, adakah perlu ditunjukkan?
Bukan itu maksudnya, maksudnya disini menjadi diri sendiri dimana ia adalah watak yang terbaik untuk diri anda.
Bakal majikan mahu kenali siapa yang dia akan pilih, maka dia perlu tahu bagaimana sikap dan personality anda sebenarnya. Jika anda ditolak kerana mereka rasa anda orang yang terlalu jujur (contoh) maka ia tidak mengapa, kerana mungkin jika anda bekerja di tempat berkenaan akan mendatangkan masalah kepada pekerjaan anda esok.
Belajar “storytelling” apabila anda berkongsi pengalaman semasa sesi temuduga.
Cara terbaik untuk mereka melihat diri anda dengan lebih dekat adalah dengan bercerita.
Contohnya jika mereka bertanya mengenai pengalaman yang anda ada, kaitkan kemahiran dan pengalaman yang anda itu bersama dengan kisah atau cerita yang pernah anda lalui dan dapat menceritakan dengan baik.Hah tuh dia.
Apabila anda dapat tunjukkan sesuatu yang lebih konkrit kepada bakal majikan, semakin tinggi anda berikan hint kepada bakal majikan bahawa anda adalah orang yang paling sesuai untuk jawatan tersebut.
Jangan pernah cakap sesuatu yang buruk kepada majikan lama.
Sikap memburuk-burukan orang lain ini merupakan satu sikap yang akan membuatkan mana-mana majikan akan “turn-off” dengan anda.
Anda perlu tahu, bakal majikan anda akan melihat juga bagaimana anda akan membawa nama syarikat itu kepada orang luar apabila anda mula bekerja dengan mereka.
Jika anda tonjolkan sikap suka memburukan orang lain terutamnya majikan lama anda, itu adalah kesilapan yang akan membuatkan anda ditolak untuk diterima bekerja.
Ia sangat penting untuk anda follow up selepas sesi temuduga. Itu adalah satu sikap dimana anda tunjukkan satu penghargaan kerana telah mempertimbangkan untuk memilih anda hadir ke sesi temuduga.
Jika anda mempunyai sesuatu yang ingin dikongsi dimana anda tidak sempat beritahu semasa sesi temuduga juga boleh diselitkan di dalam nota terima kasih ini. Tetapi ia bukanlah satu nota atau surat yang terlalu panjang.
Hantar nota terima kasih selepas sesi temuduga
Pastikan ia satu surat yang simple dan jelas kepada tujuan asalnya iaitu menunjukkan penghargaan kepada mereka kerana memanggil anda untuk hadir ke sesi temuduga.
Sekarang ini banyak cara anda boleh bernetworking terutamanya apabila media sosial merupakan sebuah medium yang mudah untuk menghubungkan komunikasi antara manusia.
Bina networking dengan orang industri anda
Anda tidak tahu asbab dari siapa yang akan membuatkan anda dapat bekerja. Mungkin dari networking yang telah anda lakukan sebelum ini.
Selalunya jika ada jobseeker yang bijak membuat networking, ia semakin mudah untuk diterima bekerja.
Reference ini merupakan rujukan yang akan membuatkan perbezaan yang bersar dalam pengambilan anda untuk bekerja.
Jika bakal majikan mempunyai situasi yang sukar untuk memilih calon, mereka akan gunakan pilihan seperti membuat panggilan di bahagian reference yang anda berikan untuk mengetahui dengan lebih dalam mengenai diri anda.
Sebab itu perkara-perkara ini jangan sesekali anda ambil remeh, kerana ia sebenarnya memberikan peranan yang besar kepada pengambilan kerja.
Pastikan bahagian reference anda itu individu yang betul.
Pastikan anda letakkan individu dalam reference anda adalah individu yang kenal akan anda dan hasil-hasil kerja yang anda pernah lakukan. Kalau kau main bedal jer, alamat time company cuba try telepon, eh salah number nih. Ah sudah!!!
Ini antara point-point yang mudah dapatkan kerja dengan cepat. Semoga ia manfaat untuk anda. Kalau korang rasa artikel ini bermanfaat untuk semua, silalah share ok.
No comments:
Post a Comment