Tuesday, February 5, 2019

Pengalaman cari kerja selepas graduate part1

pengalaman kerja, work experience,


Ya, aku ingin berkongsi pengalaman aku untuk mencari kerja selepas habis belajar degree. Memang susah nak cari kerja sekarang ini. Nak-nak kita sebagai lepasan ijazah takda pengalaman. Aku dah banyak hantar resume sana sini. Update dekat jobstreet, mau kerja dan sebagainya. Namun takda respon. Ada yang dipanggil interview. Tetapi tak dapat kerja yang ditawarkan. Antara alasan yang biasa aku dengar ialah , awak takda pengalaman kerja. 

Kemudian dia komen pasal gaji basic. Masa tuh aku mintak gaji basic rm 900 pun tak lepas walaupun ada ijazah tuh. Alasan dia kata awak takda pengalaman meh, macam mana mahu bagi gaji ini macam banyak. Ada juga aku pernah mintak rm 2000 basic, tapi tak dapat juga sebab takda pengalaman kan. Apepun semua pengalaman temuduga ini sedikit sebanyak memberi aku satu kematangan yang jelas dapat memberi satu formula ataupun dapat memberi pengalaman baru dalam temuduga. Memanglah ada yang tak dapat sebab aku pun tak berapa nak prepare sangat. 


Tetapi dengan banyak interview ini aku dapat belajar benda baru. Tak semestinya interview yang baik kita akan dapat kerja. Juga interview macam hampeh, tapi dapat pulak kerja tuh. Yang dapat kerja tuh sebab syarikat itu memang nak pakai orang dah tiada pilihan lain. Semua tuh boleh ejas. 

Setelah beberapa aku interview dekat berpuluh-puluh juga. Akhirnya aku diterima untuk kerja di perindustrian sebagai penolong penyelia (assistant supervisor) dengan gaji basic rm 800 ringgit sahaja. Aku tak mahu demand pada waktu itu sebab aku dah ada banyak kotmitment nak kena bayar, bayar duit loan pinjaman aku dan juga untuk keperluan bulanan aku sudah mula tidak dapat menampung . Mahu tak mahu aku kena kerja dengan syarikat itu. Interview pada masa tuh ok jugakla. Namun aku diterima bekerja. Alhamdulillah , memang aku lega masa tuh. Aku ingat nak cuba-cuba jerla. Kalau ok aku terus kerja. 

Macam tak percaya , aku terus bekerja di syarikat ini selama 5 tahun 9 bulan. Di waktu aku bekerja di syarikat ini, sikit demi sikit gaji aku naiklah. Memanglah ada tekanan sikit waktu kerja. Politik dia lagi. Dengan tak ngam bekerja dengan orang yang lebih lama dari kita. Tetapi disini apa yang aku ingin tekankan ialah jangan memilih kerja. Ambil sahaja kerja yang kita dapat sementara dapat cari kerja yang lebih baik wakt akan datang. Sebab hutang akan bertambah, ataupun kotmitmen kita akan bertambah dari semasa ke semasa. 

Takkan lah kita nak duduk rumah dibawah ketiak orang tua kita. Walaupun ada degree ke apa, jangan malu untuk kerja apa yang patut. Kita kena kejar masa, sebab masa berjalan. Hutang belajar nak kena bayar. Bil telepon nak kena bayar, sewa nak kena bayar. Itu masih bujang, belum kahwin lagi. Banyak benda yang akan datang kita tak akan jangka ok. 


Cari kerja lain. 

Kemudian aku ada juga cari kerja lain memandangkan tempat kerja aku yang lama ini nak pindah ke kilang lain. So aku diberi pilihan sama ada untuk terus ikut pindah atau berenti. Aku decide untuk berenti dan cari kerja lain. 

Bilamana aku cari kerja lain, apa yang aku ada ialah sekarang ini adalah pengalaman bekerja. Fuhh memang lain beb waktu ini apabila interview dengan orang interview berbanding waktu lepas fresh graduate. Memang lain , sebab sekarang ini aku sudah ada pengalaman, boleh bercerita dengan lebih confident. Selain sharing mengenai work experince dengan tukang interview memang ianya satu keseronokkan yang berbeza. Sebab ini pengalaman bekerja kita, so yang dengar pun seronok dan kita lebih yakin. Yang penting aku diterima untuk bekerja di tempat yang baru. Dengan gaji yang lebih banyak. Walawei syukur sangat. 


Itu sahaja perkongsian aku mengenai pengalaman cari kerja selepas habis belajar. Banyak interview tak dapat, aku expect gaji besar lebih kurang 2k lebih. Tapi tak dapat sebab pengalaman takda. Kemudian, tekanan kerja dan juga politik dalam kerja. Itulah macam-macam dugaan. Sewaktu sehingga sekarang aku masih kerja makan gaji di tempat lain pula. 

7 comments:

  1. macam mana cara awak minta kerja ..sy sudah rasa putus asa tiap kali syarikat tolak resume sebab fresh graduate je..katanya tak ada pengalaman macam mana nk ada pengalaman kalau tak diberi peluang..sedih dan ptus rasanya ..kalau tahu baik x payah belajarlpa spm kerja terus mudahhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai adik..jgn give up sgt byk peluang utk kita buat income selain bekerja..apa kata join jadi dropship utk bisnes jualan produk DAG DAS ABDUL seperti bantal dan comforter..ade agen kita dah berjaya beli rumah dah dengan jualan bantal je..HQ akan guide semua dari awal..siap ada bimbingan mentor tau..sambil duduk rumah jomla ikut kelas usahawan kita..bole contact 0166371460 ya

      Delete
  2. Saya lanhsung dapat kerja boleh saya dapat kerja

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Ada masalah untuk mencari kerja? Requirement memerlukan pekerja mahir BERBAHASA MANDARIN? Jom saya bantu. Belajar secara ONLINE dan INTERNATIONAL CERTIFICATE juga disediakan.
    #01161131925

    ReplyDelete
  5. hai adik..jdalam dunia ni sgt byk peluang utk kita buat income selain bekerja..apa kata join jadi dropship utk bisnes jualan produk DAG DAS ABDUL seperti bantal dan comforter..ade agen kita dah berjaya beli rumah dah dengan jualan bantal je..HQ akan guide semua dari awal..siap ada bimbingan mentor tau..yg pasti kita nak agen kite semua dapat income 5 ribu sebulan...sambil duduk rumah jomla ikut kelas usahawan kita..bole contact 0166371460 ya

    ReplyDelete
  6. satu kerja tak cukup zaman sekarang ni, kena buat lebih. btw thanks perkongsiannya

    ReplyDelete