Kerja Kosong di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)
Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) invites qualified Malaysians to fill the positions as below: –
1. Penolong Pegawai Undang-Undang
2. Pembantu Penguat Kuasa
2. Pembantu Penguat Kuasa
Kindly click here to see the complete advertisement.
Tarikh tutup 25 Oct 2017
Tarikh tutup 25 Oct 2017
MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU
IKLAN JAWATAN KOSONG
Warganegara Malaysia adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan sebagaimana di bawah. Keutamaan akan diberi kepada rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim
A. NAMA JAWATAN :
BIL JAWATAN
KLASIFIKASI
PERKHIDMATAN
GRED
TARAF
JAWATAN
1. Penolong Pegawai Undang-
Undang
Perundangan Dan
Kehakiman
L29 Tetap / Kontrak
2. Pembantu Penguat Kuasa Keselamatan Dan
Pertahanan Awam
KP19 Tetap / Kontrak
B. JADUAL GRED GAJI :
Gred L29 : RM1,773.00 - RM5,674.00
Gred KP19 : RM1,360.00 - RM4,052.00
C. SYARAT-SYARAT LANTIKAN :
Semua jawatan hendaklah terdiri daripada WARGANEGARA MALAYSIA.
JAWATAN 1 – PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L29
(a) Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.
( Gaji permulaan ialah pada Gred L29 : RM1,773.00 ); atau
(b) Diploma Undang-Undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
( Gaji permulaan ialah pada Gred L29 : RM1,847.86 )
(c) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred
C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil
Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir
(Undang-Undang) dan Jurubahasa Gred LA19, LA22, LA26 adalah layak
dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk
Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Undang-
Undang Gred L29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah
disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a) mempunyai kelayakan di perenggan (a) dan (b); atau
(b) lulus Peperiksaan Khas; dan
(c) had umur pelantikan:-
(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai
yang berumur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai
yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai
yang umur persaraan paksa 60 tahun.
JAWATAN 2 – PEMBANTU PENGUAT KUASA GRED KP19
(KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA CALON LELAKI)
(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan.
( Gaji permulaan ialah pada Gred KP19 : RM1,360.00 ); atau
(b) bekas anggota Polis atau Tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat
Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan
dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik
dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa
Melayu dengan memuaskan.
( Gaji permulaan ialah pada Gred KP19 : RM1,360.00 ); atau
(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang
berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
( Gaji permulaan ialah pada Gred KP19 : RM1,416.40 ); atau
(d) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang
berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
( Gaji permulaan ialah pada Gred KP19 : RM1,472.80 )
(e) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang
berikut :-
(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi
wanita tanpa bersepatu;
(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi
wanita;
(iii) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19
hingga 26;
(iv) mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang
biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
(v) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji
berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin
mata;
(vi) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
(vii) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal
perubatan berdaftar.
(a) Calon bagi lantikan dengan kelayakan yang memiliki kelayakan di
perenggan (a), (c) dan (d) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-
kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan.
D. UMUR :
Calon bagi lantikan hendaklah berumur :
(a) tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; DAN
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
E. CARA MEMOHON :
(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang MBJB/BSM/2014/1 yang
boleh didapati daripada Bahagian Sumber Manusia, Aras 4, Bangunan
Majlis Bandaraya Johor Bahru ATAU pemohon boleh muat turun borang
permohonan daripada laman web Majlis Bandaraya Johor Bahru di
alamat www.mbjb.gov.my.
(b) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat
mestilah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut
Perintah Am Bab ‘A’ Bil.17 di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Tahun
2005 dan memastikan Laporan Penilaian Prestasi dan Penyata
Perkhidmatan yang dikemaskini disertakan bersama-sama.
(c) Tarikh tutup permohonan ialah pada _ 25 OKTOBER 2017 __
(d) Semua permohonan yang dikemukakan hendaklah disertakan :-
(i) salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
(ii) salinan Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR);
(iii) salinan transkrip pengajian;
(iv) salinan sijil Diploma/Ijazah;
(v) salinan semakan Pengiktirafan Kelayakan dari JPA
(Diploma/Ijazah);
(vi) salinan sijil/dokumen akademik dan lain-lain yang berkaitan;
(vii) salinan Lesen Kelas Memandu;
(viii) salinan kad pengenalan;
(ix) salinan surat beranak; dan
(x) gambar berukuran pasport terbaru.
dan hendaklah diakui sah serta alamatkan kepada :-
DATUK BANDAR
MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU
PETI SURAT 232
80720 JOHOR BAHRU
(e) Untuk maklumat lanjut sila layari laman web rasmi Majlis Bandaraya Johor
Bahru di alamat www.mbjb.gov.my.
F. CATATAN AM :
(a) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
(b) Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggung jawab calon sendiri.
(c) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari
tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.
(HAJI A.RAHIM BIN HAJI NIN)
Datuk Bandar,
Majlis Bandaraya Johor Bahru.
Tarikh :
Rujukan : MBJB/U/2010/02/PJW/3/5
No comments:
Post a Comment